23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

[VIDEO] 5 ‘Superbike’ Bersepai Atas Lebuhraya Karak. Apa Nasib Si Penunggang?

Aliran trafik Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ibu negara, kini perlahan lebih lapan kilometer ekoran berlaku kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi di Kilometer (KM) 26.5, petang Selasa (27 Disember).

VIDEO 5 Superbike Bersepai Atas Lebuhraya Karak Apa Nasib Si

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata laporan awal yang diterima pihaknya mengatakan kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari yang menyebabkan lorong laju di lebuh raya terhalang.

Lima superbike kemalangan di Lebuhraya KL-Karak tadi. Kawan-kawan kata tiada yg meninggal dunia. Guys, hati hati ya. Highway KL-Karak bukan mcm zaman 90-an, kosong. Situ dah terlalu sibuk.

Semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa.

Video dari group Whatsapp. pic.twitter.com/kVqdcBg9PO

— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) December 27, 2022

“Setakat jam 2.30 petang tadi, lorong laju masih ditutup. Trafik kini agak perlahan sepanjang 8.5 kilometer dari KM35 (Genting Sempah-Gombak hingga ke lokasi kemalangan.

“Justeru kita minta semua pengguna lebuh raya supaya bersabar dan berhati-hati ketika memandu selain mematuhi arahan petugas di tempat kejadian,” katanya.

1672144160 755 VIDEO 5 Superbike Bersepai Atas Lebuhraya Karak Apa Nasib Si

Terdahulu tular beberapa gambar dan rakaman video membabitkan kemalangan itu di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa namun kelima-lima penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun pihak media sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak polis berkaitan kemalangan itu.

1672144161 830 VIDEO 5 Superbike Bersepai Atas Lebuhraya Karak Apa Nasib SiSumber: Berita Harian


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI