26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

[VIDEO] “Allah, Sebaknya!” – Bayi 2 Tahun Korban Pertama Banjir Di Terengganu

Ketika ini negara terutama di beberapa negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan sedang dilanda banjir.

Hari ini ramai yang sebak apabila di Terengganu telah ada seorang korban banjir dan lebih memilukan apabila mangsa merupakan seorang bayi berusia 2 tahun.

Sayu hati seorang ibu melihat anaknya terkulai layu selepas dipercayai lemas dalam parit di Kampung Apal, Jerteh, Besut dekat Terengganu pada Ahad.

VIDEO Allah Sebaknya Bayi 2 Tahun Korban Pertama Banjir

Tragedi malang itu dikongsikan ibu saudara mangsa, Cik Puan Nia’s di halaman Facebooknya.

“Ya ALLAH, Ya ALLAH, doakan anak sepupu saya jatuh dalam banjir lemas. Mohon doa-doa sahabat.

“Mangsa tak dapat diselamatkan, paru-paru dipenuhi air, jantung terhenti. Kes mangsa lemas di Terengganu. Besar sungguh ujian ibumu dik. ALLAHuakbar anak syurga,” katanya.

Turut tular beberapa video keluarga mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan terhadap kanak-kanak malang tersebut sebelum seorang lelaki berlari ke arah kereta untuk membawanya ke hospital terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu berada di rumah ibu saudaranya yang terjejas banjir.

“Mangsa, Nur Hilwa Idris Mohd. Haris Zaifan ditemui ahli keluarga terapung di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya pada pukul 3.40 petang Ahad.

“Pada waktu kejadian, ibu saudara mangsa sedang berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 3 petang.

“Dia tidak menyedari kanak-kanak tersebut dipercayai keluar melalui pintu dapur. Mangsa dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus banjir.

“Kehilangannya hanya disedari kira-kira 40 minit kemudian. Orang kampung menjumpai mayat mangsa terapung di dalam parit berkenaan terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

1671429688 695 VIDEO Allah Sebaknya Bayi 2 Tahun Korban Pertama Banjir

Tambah Rohaimi lagi, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Sewaktu kejadian kawasan rumah ibu saudara mangsa itu dinaiki air sedalam kira-kira satu meter,” katanya.

Rohaimi turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka pada musim tengkujuh ini.

Sumber: Majoriti

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI