26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

[VIDEO] “Cara Jawab Tak Ada Adab” – Catriona Ross & Syafinaz ‘Sekolahkan’ Peserta ANTM Kekwat

Tindakan salah seorang peserta program AlI Together Now Malaysia (ATNM) menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada biadab serta bahasa tubuh tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.

Peserta dikenali sebagai Ika itu bersikap acuh tak acuh apabila ditanya Catriona sama ada dia selesa atau tidak membawakan lagu yang disampaikan ketika membuat persembahan.

Ini kerana Catriona sebelum itu memberitahu Ika dilihat nampak seperti marah dan takut ketika mengadakan persembahan.

VIDEO Cara Jawab Tak Ada Adab Catriona Ross

Bagaimanapun nada jawapan diberikan peserta berkenaan disifatkan biadab, apatah lagi remaja perempuan itu baharu berusia 16 tahun.

“Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawa (sampaikan lagu),” katanya remaja itu dalam nada sinis.

Cara jawab takde adab…. 😂😂😂#Budak16Tahun #AllTogetherNowMY2#FearTolakTepi pic.twitter.com/QbZxYmIIos

— Lan636 (@shazlan_80) December 18, 2022

Catriona yang dilihat terkejut dengan jawapan diberikan disambut pula oleh seorang lagi juri, Datuk Syafinaz Selamat yang meminta remaja itu menjaga bahasa ketika menjawab solan daripada orang lain.

“Nasib baik you bukan anak murid I, kalau anak murid I, you cakap dengan / macam tu, dah lama dia menangis. Hati-hati bila menjawab…bila orang bertanya soalan, kita kena cantik sikit bahasa kita ya adik?” kata Syafinaz.

VIDEO Cara Jawab Tak Ada Adab Catriona Ross

Sementara itu, Catriona atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menerusi Instagramnya sempat memberi teguran secara terbuka khususnya kepada golongan muda untuk menjaga komunikasi dengan orang lain.

Kata Catriona, seseorang yang ingin berjaya perlu menjaga setiap tutur kata kerana setiap yang dibicarakan itu melambangkan siapa diri mereka.

Kata Catriona, sikap termasuk menjaga tutur kata sangat penting kerana cara seseorang berkomunikasi menunjukkan karakter sebenar mereka.

Jelasnya lagi, menghormati orang lain juga akan membuatkan seseorang sangat disenangi malah mereka akan sentiasa diingati.

“Disiplin juga adalah kunci penting kenapa ada orang berjaya dalam hidup dan ia juga menentukan di mana anda berada dalam hidup. Sentiasalah merendah diri kerana ia sangat penting,” katanya.

1671437077 895 VIDEO Cara Jawab Tak Ada Adab Catriona Ross


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI