27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

[VIDEO] Dalam Sebulan, Ada Lagi Kes Jumpa Tikus Berkeliaran Di McD!

Pada awal Februari lalu pengguna media sosial digemparkan dengan video restoran makanan segera popular, McDonald’s ditutup sementara gara-gara penemuan tikus di premis mereka.

Kali ini juga restoran McD tetapi berlainan lokasi pula dikesan turut sama gagal mengekalkan tahap kebersihan premis makanannya apabila seekor tikus dilihat berkeliaran di sebuah bilik.

Lebih menjijikkan sebuah tong sampah juga diletakkan berhampiran dengan bungkusan roti dalam restoran berkenaan yang nyata mengundang seribu satu rasa kecewa pengguna di media sosial.

Lagi isu kebersihan! tikus dekat Mekdi. Lokasi Mcd Aeon Cheras Selatan

📹 mdsymil pic.twitter.com/lFpVyj7gSX

— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 19, 2023

Dalam pada itu, ruangan komen dipenuhi dengan kecaman dan tohmahan orang ramai susulan perkara yang didakwa berlaku di McDonald’s cawangan Aeon Mall Cheras Selatan, Balakong, Selangor.

“Memang pengotor McD sekarang ni, dah berapa kali dah kes macam ini terjadi, tak payah makan dah la buat masa sekarang dekat mana-mana cawangan pun,” kata Hafizi Rozaidi.

“Apasal letak makanan dengan tong sampah dalam satu bilik yang sama, kan itu makanan sepatutnya dilindungi dan bersih, macam ni ke kualiti restoran McD sekarang?,” soal Yaya Marzuki.

“Tak payah la makan McD lagi lepas ni, banyak sangat yang kotor dah tak reti jaga kebersihan, kita bayar harga mahal dapat macam ni buat apa,” jelas Siti Azman.

Susulan kes tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Twitter memaklumkan bahawa satu tindakan tegas akan diambil dengan segera.

“Kami akan buat tindakan lanjut dengan secepat mungkin. Tikus lagi,” tulisnya di Twitter.

VIDEO Dalam Sebulan Ada Lagi Kes Jumpa Tikus Berkeliaran Di

Pada awal Februari lalu, McDonald’s cawangan Kota Kemuning, Selangor diarah tutup selama dua minggu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas tular video menunjukkan seekor tikus berkeliaran di premis tersebut.

Tersentak dengan kejadian itu, warganet terus melaporkan perkara itu ke pihak berwajib dan KKM telah mengeluarkan notis penutupan cawangan berkenaan.

Artikel Sebelum Ini: [VIDEO] “Jijiknya!” – Tikus Berkeliaran Di McD Kota Kemuning, Netizen Lain Pula Jumpa Lipas Dalam McFlurry!


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI