26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

[VIDEO] “Fuh, Keluar Ikut Hidung. Lagi..Lagi” – Lelaki Galak Budak Berasap Dicari Polis Kelantan

Tindakan seorang lelaki dipercayai seorang bapa yang memberi galakan anaknya menghisap sejenis rokok eletronik di Kelantan pada Rabu mengundang kecaman orang ramai.

Kanak-kanak itu berusia bawah umur dilihat sedang leka menghisap alat eletronik tersebut yang kebiasaannya digunakan golongan dewasa.

Kerap menghasilkan kepulan asap, perbuatan itu menerima pujian dan kata-kata galakan daripada lelaki berkenaan yang meminta agar ia diteruskan.

VIDEO Fuh Keluar Ikut Hidung LagiLagi Lelaki Galak Budak

Disaksikan seorang lagi kanak-kanak di lokasi sama, perbuatan itu seolah-olah disengajakan tanpa memikirkan soal kesihatan dan kesalahan undang-undang seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Rakaman itu dikongsikan di laman TikTok dan hangat diperkatakan warganet.

Susulan video tular tersebut, jurucakap dari Balai Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Polis belum terima sebarang laporan tentang isu berkaitan setakat ini.

“Ia satu kesalahan jenayah dan tertuduh memang boleh didakwa tapi buat masa sekarang memang tiada panggilan diterima.

“Siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya isu itu benar-benar didapati bersalah dan membahayakan golongan kanak-kanak,” katanya.

Untuk rekod, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3(1) bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Majoriti

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI