31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

[VIDEO] “Jenis Peniaga Malas Lap Daun Pisang Kot” – Wanita Terkejut Jumpa ‘Telur Katak’ Masa Jamah Nasi Lemak

Seorang wanita terkejut selepas menjumpai bendasing seperti telur katak dalam bungkusan nasi lemak yang sedang dijamahnya.

Menerusi perkongsian seorang individu di TikTok, dia mendakwa menjumpai berbiji-biji telur kecil dipercayai telur katak, dan hanya tersedar mengenai hal itu selepas selesai menjamah makanan tersebut.

VIDEO Jenis Peniaga Malas Lap Daun Pisang Kot Wanita

Dalam video yang dikongsi, jelas terlihat telur-telur itu seperti kulat pada daun pisang.

“Saya dah habiskan nasi lemak baru perasan!

“Mak saya kata itu telur katak tapi rakan saya nak sedapkan hati, dia cakap tu biji selasih. Saya tak akan makan nasi lemak bungkus daun pisang lagi selepas ini,” kata individu tersebut.

1677822455 724 VIDEO Jenis Peniaga Malas Lap Daun Pisang Kot Wanita

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui terkejut selain mendakwa kemungkinan peniaga tidak lap daun pisang dengan elok sebelum digunakan untuk membungkus makanan.

Namun ada juga yang memberitahu bahawa ia bukanlah telur katak, sebaliknya telur serangga yang melekat pada daun pisang.

VIDEO Jenis Peniaga Malas Lap Daun Pisang Kot Wanita

1677822456 716 VIDEO Jenis Peniaga Malas Lap Daun Pisang Kot Wanita

“Orang nak meniaga dia nak meniaga. Main asal boleh. Masalah juga ni. Memburukkan rezeki peniaga lain yang betul-betul mencari rezeki dengan elok. Inilah dikatakan sebab nila setitik rosak susu sebelanga,” komen netizen.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI