25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

[VIDEO] “Kesiannya Kuda Putih Tu” – Pengguna LPT2 Terkejut Ada Kuda Cedera Lari Ketakutan Atas Highway!

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang sedang memandu di atas highway pagi semalam (Ahad) — dikejutkan dengan kelibat seekor kuda putih sedang berlari ketakutan dan cedera selepas kenderaan yang membawanya terlibat dalam sebuah kemalangan di Kilometer 251.9 lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata kemalangan pada pukul 9.14 pagi itu melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Siasatan awal mendapati kemalangan belaku ketika pemandu lori berusia 34 tahun memandu di lorong kiri dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

“Ford Ranger yang dipandu seorang pengurus datang dari lorong kanan untuk memotong, tetapi telah hilang kawalan.

“Pemandu lori yang tidak sempat mengelak telah melanggar belakang kereta kuda dan kuda yang terkejut telah keluar ke arah jalan raya.

“Kedua-dua kenderaan telah bergesel dan terbabas di besi penghadang jalan sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

@nn_7t7

Semoga pemandunya selamat 🤲 Kemalangan di Terengganu bawak kuda dn trlepas sudah kudanya Kesian kuda tu..

♬ original sound – NuRiN27🇲🇾

Bagaimanapun, kuda yang dikenali sebagai Riyadh itu telah berjaya dijinakkan oleh pengurusnya dan ditangkap semula setelah keadaan terkawal.

“Kuda mengalami luka ringan di bawah badan dan kini di transit di Pan Endurance Stable, Cherating, Pahang.

“Kuda tersebut adalah milik sebuah Kelab Benua Equestrian Stable, Serdang dan akan menyertai Program Piala Menteri Besar Terengganu pada 17 Mac ini,” jelasnya.

Hanyan berkata, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi kenderaan mengalami pelbagai kerosakan.

Kes kini disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Sumber: Utusan TV

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI