31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

[VIDEO] “Ni Camping Ke Pindah Rumah? Siap Ada Pokok Hiasan Bagai” – Netizen Puji Pasangan Ni Effort ‘A’ Bercuti Dalam Khemah!

Khemah zaman dahulu tidaklah semewah zaman sekarang. Dulu hanya perlu cari tempat cantik, maka mulalah berkhemah sambil tidur dalam ‘sleeping bag’.

Tapi sekarang sejak-sejak meletusnya zaman content demi media sosial — khemah sudah ada yang besar malah boleh muat tilam angin dan tidur dengan selesa bersama anak-anak.

VIDEO Ni Camping Ke Pindah Rumah Siap Ada Pokok Hiasan

Pasangan influencer media sosial ini mencuri tumpuan apabila memasang khemah di tapak perkhemahan sambil meletakkan dekorasi ibarat di rumah.

Gila la effort dia nak camping. Serupa pindah rumah. pic.twitter.com/wwezFOkkxi

— #BinaKerjayaFCPO (@norazambudin) March 7, 2023

Seorang pengguna Twitter, @norazambudin memuat naik video tersebut selepas merasa kagum dengan cara pasangan itu.

“Gila la effort (usaha) dia nak camping (berkhemah). Serupa pindah rumah.

“Ini bukan kemampuan effort aku, tapi aku puji sebab kerajinan dia untuk pasang khemah ni dan cantik gila,” katanya.

Tapi tu 5 sampai 9, ha reasonable la kot dia setup semua. Ahhaahh pic.twitter.com/E86nuFQw9y

— Hopefully, I won’t wake up this time (@Tobiasiscold) March 7, 2023

Warganet sempat berseloroh adakah pasangan tersebut membawa lori tapi tetap memuji dekorasi mereka yang sangat cantik.

“Dia bawa lori ke pegi camping? Tapi cantik sangat dekorasi. Serius cantik. Effort A++,” ujar @arfhartoe.

“Usaha dan kesungguhan tu memang terbaik! Walaupun untuk content (kandungan) je, tapi memang respect (hormat) la,” komen @vanillcaramela.

Owh patut mcm familiar, husband “mcm comel je, mcm comel je”

😂 menjawap dah persoalan aku mcm mana dia sumbat semua brg. pic.twitter.com/CnNP1ODPfW

— #BinaKerjayaFCPO (@norazambudin) March 7, 2023

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI