31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

[VIDEO] “Pergi Mana-Mana, Semua Kenal Saya” : TikToker Perancis Tiba-Tiba ‘Meletop’ Sebab Buat Video Malaysia Best!

Perkongsian seorang pengguna TikTok yang sering memuat naik rakaman video mengenai pengembaraannya di Malaysia menjadi tular sehingga meraih ratusan ribu pengikut di media sosial itu.

Biarpun asing di negara orang, popularitinya yang mencanak naik secara tiba-tiba membuatkan beliau sering disapa terutama dalam kalangan rakyat tempatan yang mengenalinya.

Pemilik akaun TikTok dikenali Alwin GC adalah seorang pencipta kandungan berkaitan pengembaraan dan kini memiliki seramai 757,000 pengikut — merakamkan kisah pengembaraannya di seluruh dunia sejak pertengahan 2021.

VIDEO Pergi Mana Mana Semua Kenal Saya TikToker Perancis Tiba Tiba

Beliau berasal dari Perancis — kali pertama tiba di Malaysia pada Ogos tahun lalu, menceritakan kisah dan pandangan kepada pengikutnya mengenai negara ini sepanjang tiga bulan berada di sini.

Pada 26 September lalu, Alwin berkongsi rakaman video di TikTok bagaimana tanggapan pertamanya meleset sebaik merasai sendiri pengalaman berada di Malaysia.

Katanya, apa yang mengejutkan ialah sikap rakyat tempatan yang begitu baik dan ramah ketika bersiar di Kuala Lumpur selain menyatakan rasa selamatnya di ibu kota.

@alwingc

Is Malaysia a good country? What I thought before to visit

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

“Malah, ketika berada di Thailand, saya tidak rasa begitu selamat berbanding di Malaysia. Sebelum ini, saya beranggapan perlu lebih menjaga keselamatan diri, namun ketika berada di Kuala Lumpur, saya boleh pergi ke mana sahaja tanpa bimbang akan ada orang merompak saya,” katanya.

Alwin turut menyatakan rasa teruja dengan pembangunan pesat yang dilihatnya di bandar raya berkenaan.

“Lihat sistem jalan raya ini, ia kelihatan seperti berada di negara Eropah. Saya tidak menjangkakan semua ini. Saya seperti berada di Switzerland Asia Tenggara,” katanya.

1674121232 142 VIDEO Pergi Mana Mana Semua Kenal Saya TikToker Perancis Tiba Tiba

Menerusi beberapa rakaman video lain dikongsikan di TikTok, Alwin menggalakkan penontonnya supaya melawat Malaysia dan merasai sendiri pengalaman yang begitu berharga sekali gus untuk menangkis salah faham mengenai Malaysia.

VIDEO TENTANG MALAYSIA SERING DAPAT LEBIH SEJUTA TONTONAN

Kebanyakan video dihasilkannya mengenai Malaysia mendapat lebih sejuta tontonan.

Pada 29 Oktober lalu, Alwin memuat naik video berkongsi bagaimana kandungan mengenai kali pertama beliau tiba dan merasai pengalaman di Malaysia meraih 100,000 pengikut dalam tempoh sehari selain ditonton seramai enam juta orang.

@alwingc

Is Malaysia SAFE? From my experience I think it was one of the safest countries I’ve ever been. Plus, people are smiling!

♬ Fallen – Lola Amour

Beliau berkata, jumlah pengikutnya semakin bertambah sejak itu sekali gus mewujudkan reputasi positif dalam kalangan pengguna TikTok di Malaysia.

“Tiada sesiapa mengenali saya. Saya orang asing namun entah bagaimana, seluruh negara menyaksikan satu daripada video yang dimuat naik dan semua mula mengikuti saya.

“Saya dikenali di mana-mana, Semua tahu wajah saya. Hanya dalam tempoh beberapa hari, hidup saya berubah,” katanya dengan penuh perasaan teruja.

Alwin berkata, beliau suka berada di Malaysia dan teruja untuk melawatinya buat kali kedua.

1674121232 394 VIDEO Pergi Mana Mana Semua Kenal Saya TikToker Perancis Tiba Tiba

LAWATAN KEDUA KE MALAYSIA

Beliau sekali lagi memasuki Malaysia pada 29 Disember lalu selepas meninggalkan negara ini pada Oktober tahun lalu untuk melawat Vietnam dan Filipina.

Dalam lawatan keduanya ke Malaysia, Alwin berkongsi kisah pengembaraannya dengan melawat tempat baharu dan merasai pengalaman menikmati juadah tempatan.

Indeks Keamanan Global 2022, menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-18 sebagai negara paling selamat di dunia berbanding Thailand yang berada di ranking ke-103.

Menurut laporan Kumpulan Bank Dunia pada 2015, Malaysia memiliki keluasan tanah keempat terbesar di Asia Timur pada 2010.

Pada 2022 pula, Bloomberg melaporkan kadar pembangunan Malaysia meningkat tiga kali ganda sejak 1970 dan kadar populasi bandar bercambah dari tiga juta pada 1970 kepada 24.4 juta pada 2020.

@alwingc

This is my LAST DAY in Malaysia, it’s time for me to be honest with you and tell you what I have in my heart and hopefully, inspire you more & more in the coming weeks, months, years to come…

♬ Ambient / Relax / Refreshing / 5 minutes(965306) – yulu-ism project

Sumber: Berita Harian

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI