Sebuah feri membawa seramai 511 penumpang dari Langkawi terkandas di beting pasir pada kedudukan 0.8 batu nautika dari muara Kuala Kedah, malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Noor Azreyanti Ishak berkata — Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan daripada Jabatan Laut (JLM) memaklumkan kejadian feri terkandas kira-kira pukul 9.15 malam.
“Ia melibatkan feri Express Bahagia 168 yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.
“Feri itu terkandas apabila paras air laut surut sehingga menyebabkan feri tersangkut di kawasan beting lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, bot Perkasa 1224 diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha menjaga keselamatan dan membantu pihak feri serta JLM.
“Feri berkenaan berjaya ditunda balik oleh bot penunda (tug boat) milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah dengan diiringi bot Perkasa pada pukul 11.15 malam,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.