26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Video Viral Tikus Makan Ayam Goreng Rupanya Restoran Mamak Di Pandan Indah, KL!

Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan penutupan selama 14 hari dan 6 notis kompaun terhadap sebuah kedai makan di Pandan Indah, Kuala Lumpur susulan tular video memaparkan tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.

Video Viral Tikus Makan Ayam Goreng Rupanya Restoran Mamak Di

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selepas menjalankan pemeriksaan di kedai makan itu pada Sabtu — pasukan penguat kuasa kesihatan Bahagian Kesihatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan.

“Sehubungan itu, tindakan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan.

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Isu Viral Video Tikus Menjamah Ayam Goreng pic.twitter.com/qxnmN7bu8s

— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) December 25, 2022

Dr Noor Hisham berkata, enam notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 terhadap premis tersebut kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

Menurutnya, KKM menyeru orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga bagi mengelakkan keracunan serta wabak penyakit bawaan makanan.

“Pengguna turut disarankan memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (bersih, selamat dan sihat) apabila membeli atau menjamu makan di luar rumah,” katanya.

1672125615 496 Video Viral Tikus Makan Ayam Goreng Rupanya Restoran Mamak Di

Beliau berkata, sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan –pengguna boleh menghubungi mana-mana JKN atau PKD terdekat atau melayari laman sesawang https://moh.spab.gov.my atau Facebook BKKM.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 15 saat yang merakamkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran.

1672125615 879 Video Viral Tikus Makan Ayam Goreng Rupanya Restoran Mamak Di

Menerusi gambar notis berkenaan kedai yang dimaksudkan adalah Restoran Ariff, Pandan Indah, Selangor.

Depan mata sndiri, No More mkn mamak 😵 janjiii pic.twitter.com/HxkhjFbZHY

— ig : zoeyhanafiah (@zoeyhanafiah) December 22, 2022

Sumber: Majoriti


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI