25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

VTL Malaysia-Singapura: Jualan Tiket Bas & Penerbangan Digantung Sementara Hingga Jan 2022


Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura (darat dan udara) — digantung sementara berkuat kuasa esok (23 Disember) hingga 20 Januari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini yang dilaporkan Singapura.

obj31010108 1638152939

Kementerian Kesihatan Singapura pada 20 Disember lalu mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian satu kluster tempatan COVID-19 membabitkan tiga kes positif, termasuk dua menunjukkan kemungkinan varian Omicron, manakala keputusan bagi lain-lain kes masih belum selesai.

Ketiga-tiga kes itu tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.

mi vtl3 051221

“Bagi pengembara yang sudah memiliki tiket perjalanan VTL darat dan udara serta memenuhi syarat ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan bawah inisiatif VTL ini.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022, selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada kuota sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

1391295

Sumber: Berita Harian





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI