27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

“Wah Boleh Jumpa Mickey Mouse Hawau!” – Disneyland Terbesar Asean Bakal Dibina Di Jasin, Melaka!

Sebuah Taman Tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar yang terbesar di Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bakal dibangunkan dalam daerah Jasin pada tahun 2027.

Wah Boleh Jumpa Mickey Mouse Hawau Disneyland Terbesar Asean

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun dan pembinaannya menelan kos kira-kira RM2 bilion.

1668588707 627 Wah Boleh Jumpa Mickey Mouse Hawau Disneyland Terbesar Asean

“Setelah lebih 20 tahun, kita akan ada taman tema baharu walaupun tidak berapa besar tetapi saya rasa memadai dengan nama Disneyland yang dapat dibawa masuk.

“Ianya akan menambahbaik lagi sasaran kita untuk mempertingkatkan sasaran 20 juta pelancongan dalam masa tiga tahun dan kembali pada landasan yang asal iaitu 18.7 juta pelancong yang telah kita capai pada tahun 2019.

“Disneyland dalam perancangan, kita sedang rencanakan kemungkinan insya-Allah berada di dalam daerah Jasin, kita tak boleh maklum dahulu lokasi yang sebenar, keluasannya sekitar 150 hingga 200 ekar (60.7 hingga 80.9 hektar).

“Bukan hanya Disneyland tetapi juga ada cadangan pembangunan 22 kilometer sistem ‘Maglev’ bagi menghubungkan lokasi ‘hotspot’ pelancongan Melaka dengan nilai pelaburan 200 juta dolar bersamaan RM900 juta, secara keseluruhan projek ini boleh mencapai hingga RM2 bilion,” katanya.

Sumber dan Kredit: www.melakahariini.my

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI