29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Wajib Faraid Barang Kemas Peninggalan Ibu, Lepas Selesai Hutang Arwah

Wajib faraid barang kemas peninggalan ibu, lepas selesai segala hutang arwah. Wanita dan perhiasan sememangnya tak dapat dipisahkan.

Namun setelah meninggal dunia, menjadi hak siapa segala barang kemas si mati. Bagaimana pula jika barang kemas tersebut adalah pemberian si anak, adakah anaknya dapat mengambilnya kembali.

Wajib Faraid

Situasi : Anak memberikan barang kemas kepada ibunya. Ibunya meninggal dunia dan meninggalkan barang kemas pemberian anaknya.

Barang Kemas

Soalan: Adakah si anak boleh mengambil semua pemberian tersebut atau ia wajib difaraidkan?

Peninggalan Ibu

Jawapan:Bergantung kepada status pemberian. Jika pemberian tersebut berupa pinjaman, maka si anak boleh mengambilnya semula.

Jika pemberian itu berupa hadiah, serahan dan sebagainya hingga menyebabkan emas tersebut menjadi hak atau harta si ibu, maka ia telah menjadi sebahagian dari harta si ibu yang meninggal tadi.

Maka barangan kemas yang telah menjadi hak si ibu tadi wajib difaraidkan setelah urusan di bawah selesai:Tanggungjawab waris menunaikan hak si mati.

Lepas Selesai Hutang Arwah

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :

  1. Menguruskan jenazah
  2. Menjelaskan hutang si mati
    • Hutang kepada Allah SWT seperti zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah.
    • Hutang kepada manusia
    • Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.

Sumber: www.kashoorga.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI