28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Wak Doyok hanya anggap A. Aida sebagai kakak, wanita muda jadi pilihan

Sebelum ini, nama pelakon, ikon media sosial dan usahawan popular, Wak Doyok menjadi bualan apabila memuat naik gambar mesra bersama penerbit, Datuk A. Aida di laman Instagram.

Kemesraan yang terjalin telah membuatkan ramai netizen terutama pengikut mengatakan mereka berdua sedang berhangat bercinta.

Bagaimanapun, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor manafikan dakwaan ada hubungan istimewa dengan penerbit berusia 52 tahun itu dan menganggap wanita berkenaan seperti kakak sahaja.

“Kami sudah kenal lama lebih sepuluh tahun iaitu sejak 2012. A Aida adalah mentor saya dalam dunia bisnes dan kami saling membantu antara satu sama lain.
“Saya juga sudah menganggapnya seperti kakak dan hubungan kami sudah seperti adik-beradik,”jelasnya.

Dalam pada itu, selebriti berusia 43 tahun itu turut menjelaskan mengenai kriteria pasangan hidup iaitu lebih memilih wanita yang jauh lebih muda dari usianya kini.

“Sebagai lelaki saya mahukan yang terbaik untuk soal teman hidup. Kalau wanita itu lebih berusia dari saya nanti kalau dia jatuh sakit saya pula nak kena dia.
“Saya memilih wanita yang berusia 25 tahun dan ke atas untuk dijadikan pasangan. Kalau muda sangat pun nanti susah juga sebab belum matang,” katanya.

Snapinsta.app 1080 309170170 605012171278155 3144211193267881505 n

Sementara itu, Wak Doyok mengakui sudah mempunyai kekasih hati dan sedang mengenali hati budi masing-masing sejak beberapa bulan lalu.

“Teman wanita saya itu orang biasa sahaja,”dedah Wak Doyok.

Snapinsta.app 1080 315608474 170078952312250 311668299043949417 n

Pun begitu, Wak Doyok memberitahu dia perlu mendapatkan restu dari ibunya terlebih dahulu mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, kata Wak Doyok, dia perlu mendapat restu dari ibunya terlebih dulu mengenai hubungan mereka.

“Sebelum ini, hubungan saya dengan beberapa teman wanita berakhir kerana mereka menolak untuk tinggal bersama ibu bila sudah berkahwin nanti,” katanya.

wakdoyok 73186256 2421666374738354 4518450817233385468 n

Terdahulu, penerbit, A. Aida mengakui Wak Doyok merupakan rakan lelaki yang sangat rapat dengannya buat masa kini. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut soal jodoh meskipun Wak Doyok mempunyai beberapa kriteria yang didambakan sebagai pasangan hidup.

Ibu Wak Doyok pula berharap agar Wak Doyok bertemu jodoh dengan anak dara dan bukanlah yang berstatus janda.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI