24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Walau sakit tekak, Ziana Zain berjaya hiburkan peminat atas kapal ‘cruise’

Meskipun keadaan kesihatan tidak mengizinkan, penyanyi popular Ziana Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Gee tetap komited dalam memberikan persembahan yang terbaik selama sejam di atas kapal cruise, Genting Dream bagi menghiburkan peminat.

Bukan itu sahaja, Ziana Zain turut meluahkan rasa teruja memandangkan ini merupakan persembahan pertama kalinya di kapal cruise sebagai seorang penyanyi.

“Kak Gee sakit tekak sebab cuaca tak menentu. Kalau kita batuk-batuk ada lah juga lendir tapi ini jenis kering sampai tiada suara.
“Tapi kita tak mahu hampakan peminat, Kak Gee teruja sebab ramai yang datang dari Singapura dan Malaysia, seronok buat orang happy kita pun happy,” ujar Ziana ketika ditemui Oh My Media di atas kapal cruise, Genting Dream baru-baru ini.

Malah, Ziana mendedahkan dia tidak akan berhenti menghiburkan ramai selagi mempunyai kudrat meskipun sudah berusia 54 tahun.

Bukan itu sahaja, Ziana yang nenerima Nona Superwoman Award turut memberikan kata-kata semangat dimana kaum hawa perlu bersyukur kerana telah terpilih menjadi wanita yang mempunyai kekuatan dalaman lebih kuat berbanding kaum lelaki.

WhatsApp Image 2023 01 19 at 2.58.23 PM

 

“Bernyanyi ini dimana-mana pun rezeki tak akan putus. Kak Gee akan teruskan selagi ada kudrat dan diperlukan.
“Wanita perlu jadi kuat, kita kena ingat kenapa Allah pilih kita untuk menjadi wanita. Kita punya kelebihan lebih banyak Allah berikan kepada kita.
“Sebenarnya, kita lebih kuat daripda lelaki. Bukan kita nak menindakkan tapi memang mereka mempunyai lebih kekuatan tapi dari segi kekuatan dalaman, perempuan paling kuat. Jadi kita perlu bersyukur terpilih sebagai wanita dang jangan pernah pandang rendah terhadap diri sendiri,” jelasnya lagi.

WhatsApp Image 2023 01 19 at 2.58.56 PM

Dalam perkembangan lain, kakak kepada penyanyi popular, Anuar Zain itu turut memaklumkan diantelah merancang sesuatu untuk kerjayanya sebagai penggiat seni dalam masa terdekat.

“Ada beberapa perancangan dalam masa terdekat ini yang Kak Gee sudah bincang. Hanya tunggu lah Insya-Allah. Kak Gee akan sambung beberapa perkara untuk kerjaya sendiri, sama-sama doakan,” tambahnya lagi.

Sekadar info, selain Ziana Zain selebriti lain yang turut hadir bagi memberi sokongan adalah Zulin Aziz, pasangan selebriti media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam serta influencer terkenal Malaysia seperti Asyraf Rozami dan Syafiq Naser.

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI