25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Wanita Ini Kongsi Resepi Inti Ikan Untuk Karipap Cara Arwah Mak, Memang Rare Ramai Tak Tahu…

Sebut sahaja karipap, mesti semua orang dari pelbagai lapisan umur sudah kenal kan? Karipap merupakan kuih tradisional yang sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Mempunyai pelbagai rasa dengan inti yang berbeza memang menjadi pilihan hidangan untuk sarapan atau minum petang.

Biasanya, karipap banyak dijual dengan inti kentang atau sardin. Tetapi pada perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu perkongsian dari Fareeza Lieza yang berkongsi resepi karipap ikan cara arwah emaknya. Nampak sedap dan menarik sangat! Jom kita cuba sama-sama!

Wanita Ini Kongsi Resepi Inti Ikan Untuk Karipap Cara Arwah Mak, Ramai Tak Tahu Buat Style Ni…

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo ikan sardin / selayang
  • 4 ulas bawang merah. Tumbik / hiris
  • 1 inci halia. Tumbuk / hiris halus
  • 1 sudu teh halba
  • 1 cawan santan pekat / 250ml
  • 3 biji kentang – dipotong dadu

Cara Penyediaan:

Ikan direbus dengan asam keping dan garam. Dah sejuk, perisikan dan tumbuk.Masukkan dalam kuali semua bahan.Perasakan garam/gula ikut selera masing-masing. Tapi arwah mak sis suka manis-manis sikit.

Masak sampai kentang empuk.Jangan masak terlalu kering inti itu ya.Kalau nak buat kulit karipap. Boleh tengok di sini okay.

Inti ikan untuk karipap Inti ikan untuk karipap Inti ikan untuk karipap Inti ikan untuk karipap

Dah siap kita punya inti ikan untuk karipap bagi sesiapa yang inginkan kelainan rasa dari kelainan penyediaan yang berbeza. Boleh lah try dekat rumah!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Fareeza Lieza

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI