31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Wow, 17 Hari Umrah DIY! Wanita Ni Kongsi Bajet Lengkap Nak Ke Tanah Suci


Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan kelonggaran untuk yang ingin menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan Madinah, semakin ramai yang tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke bumi Harmain itu.

Selain mengikuti pakej yang disediakan oleh banyak agensi pelancongan, ada juga yang membuat Umrah DIY iaitu menguruskan kesemuanya secara sendiri.

Namun bagi seorang pengguna Facebook, Nurul Wahidah Mahamud — untuk yang baru pertama kali ingin menunaikan ibadah tersebut sebaiknya menggunakan perkhidmatan pakej yang banyak ditawarkan kerana bimbang tidak arif dengan pantang larang sepanjang mengerjakan ibadat umrah di sana.

Ikuti perkongsian Nurul Wahidah Binti Mahamud dan suami serta beberapa orang rakan yang berkesempatan membuat umrah DIY pada Mac yang lalu. Semoga bermanfaat untuk semua!

277305873 10228018345550857 1522535122080044940 n

PERKONGSIAN UMRAH DIY

Since ramai yang bertanya camna nak buat umrah secara DIY dan berapa kos keseluruhan..maka hari ini, saya share sikit dulu apa yang saya ingat ya.

Segala apa yang saya tulis ni berdasarkan peraturan or syarat-syarat semasa setakat 19hb Mac 2022 ya..selepas tu, kena keep updating dengan syarat-syarat semasa kerajaan Arab Saudi dan Malaysia ya.

277299605 10228018353391053 1742178464268427025 n

TRIP UMRAH DIY PERTAMA 

Tarikh: 3-19 Mac 2022

Jumlah Hari: 17 Hari 17 Malam

277308256 10228018348150922 26573628743068960 n

LIST BAJET & KEPERLUAN (PERLU DIBUAT MENGIKUT NOMBOR TURUTAN)

Passport = RM200 x 2 pax = RM400

Visa pelancong (online) = RM 650.00 x 2 pax = RM 1300

Flight tix (Etihad airways (return) = RM3180(hrga cuti sek) x 2 = RM6360 KLIA-Abu Dhabi – Jeddah.

Insurans (cover covid case) = RM 188.20 x 2: RM376.40 (Etiqa International Tripcare 360 takaful).

Hotel di madinah (Dar Al naeem) = RM120 x 6N x 2 pax : RM144.

Hotel di Mekah (Jawad alyad) = RM120 x 5N x 2 pax = RM1200.

Extend hotel (Hotel Al Siraijy) = RM144 x 4N = RM576.

Sewa bas (share ramai2) = RM200 x 2 pax = RM400.

Mutawwif (share ramai2) = RM200 x 2 pax = RM400.

Makan/minum(kami mkn sndIri) = RM70 x 17 hari = RM1290 (x guna abis sbb ada org sedekah food n belanja).

Ziarah luar (share ramai2) = RM270 x 2 pax = RM 540.

Extend flight fee (5 hari) = RM126 x 2 pax = RM252.

Transport pi Miqat(Niat umrah) = RM100 x 2 pax = RM200.

Duit belanja lain (shopping ke) = RM3000 *tukaq siap2 ke SR kat Malaysia..lg byk dpt..

PCR test (KLIA) =RM260 x 2 pax = RM520 (valid dlm 48 jam sblm smpai jeddah).

PCR test Mekah = RM200 x 2 pax = RM400.

Borang Al-Muqeem (online untuk masuk Arab Saudi) free -diisi 3 hari sebelum berangkat ke sana
simcard Arab Saudi (mesti ada sebab nak guna Apps Tawakalna dan Eatamarna (mcm mysejahtera tu) untuk booking slot Rawdah dan umrah =RM110 x 2pax = RM220 (kami beli kt airport Jeddahh sebab boleh signup apps cepat dan nak booking slot rawdah masa dalam bas otw ke Madinah tu)

*TOTAL = RM 18,874.40* (termasuk duit shopping aka duit poket ye RM3000)

277303908 10228018351991018 3141369127430024794 n

277304183 10228018344870840 8406709892532764623 n

Kalau nak tau jimat ke trip secara DIY ni..untuk first time, mungkin kos agak banyak sebab maklumlah first time dan ditambah plak dengan S0P dalam pandɛmik C0v1d-19 ni.

Kami tak biasa pi trip umrah lagi sblm ni..tapi kami biasa buat umrah..

Dinasihatkan untuk yang tak biasa buat umrah, elok pi dengan pakej yang banyak disediakan untuk first time sebab banyak pantang larang semasa berihram,tawaf wida’, adab-adab masuk Masjidilharam, Masjidil Nabawi dan apa yang boleh dibuat dan diisi semasa dikedua-dua Tanah Suci ni akan lebih diterang details oleh ustaz-ustaz yang menerajui pakej umrah..sebab trip ke Tanah Suci ni tak sama peraturannya macam kita p trip DIY brcuti ke oversea …silap terlanggar pantang larang (kena bayar dam) tak pasal-pasal kita berhutang dengan Allah..bukan dengan manusia ya..

Walaupun pergi secara DIY, keluarkan duit sikit untuk bayar mutawwif ya untuk mutawwif refresh ilmu umrah yang kita ada sebelum ni..kecuali anda pi tiap-tiap bulan ke Tanah suci la..

Kebaikan umrah DIY ni ialah anda boleh stay selama mana anda suka ikut bajet dan niat apa anda nak buat di Tanah Suci la..tapi kami terpaksa balik dah sebab cuti sekolah dah abih..huhuhu

277299446 10228018338710686 4210645389743202478 n

277305587 10228018337070645 932508088995547709 nSumber: Nurul Wahidah Binti Mahamud 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI