24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Wow! Hard Rock Hotel Penang Raih Anugerah ‘Travellers Choice 2022’


Hard Rock Hotel Penang diiktiraf oleh Tripadvisor sebagai pemenang anugerah Travellers’ Choice (Pilihan Pengembara) bagi 2022 apabila berada dalam kalangan 10 peratus hotel di dunia yang menerima ulasan yang baik.

Dalam kenyataan bersama, Hard Rock International dan Tripadvisor menjelaskan anugerah itu bertujuan meraikan perniagaan yang menerima ulasan positif daripada kalangan pengembara di seluruh dunia di Tripadvisor dalam tempoh 12 bulan lepas.

aerial 72280 crop

Penolong Pengurus Eksekutif Hard Rock Hotel Penang, Michael Smeeton berkata walaupun mencabar seperti tahun lepas, hotel itu dapat menyerlah dengan memberi secara berterusan engalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pengembara, dan anugerah itu merupakan bukti komitmen kukuh pihaknya kepada sektor hospitaliti.

photo 2022 05 26 14 00 58

“Sebagai sebahagian komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan hospitaliti berkelas dunia, Hard Rock Hotel Penang menumpukan untuk menyampaikan kecemerlangan operasi kepada tetamu kami kepada seluruh komuniti tempatan serta pelanggan di peringkat antarabangsa,” katanya.

17405696 ImageLargeWidth

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Tripadvisor, Kanika Soni berkata Anugerah Travellers’ Choice mengiktiraf yang terbaik dalam pelancongan dan hospitaliti, berdasarkan pandangan pihak yang paling penting, iaitu tetamu.

49339207328 619543aec7 b





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI