28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Wow! Jom Intai 5 Tempat Pelancongan “Viral” Dan Baru Di Negeri Selangor 2022!

Negeri Selangor terkenal dengan tarikan pelancongannya sendiri. Tahukah and, pihak Tourism Selangor telah beberapa Tempat Viral untuk anda lawati.

D Virtual Park, Evo Mall Bangi
Wow Jom Intai 5 Tempat Pelancongan Viral Dan Baru Divia Tourism Selangor

Lokasi ini merupakan taman tema realiti maya yang terletak di dalam pusat membeli-belah dan merupakan taman realiti maya yang pertama di Semenanjung.

D-Virtual Park di EvoMall Bangi dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dengan harga yang berbeza mengikut pakej harga.Alamat : Lot T.14. T.25 Level 3, Evo Mall Bangi, Jalan Medan 2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Splatter Art Factory, Subang Jaya
1654317272 432 Wow Jom Intai 5 Tempat Pelancongan Viral Dan Baru Divia Tourism Selangor

Disini anda akan diperkenalkan dengan pengalaman seni yang sangat unik dan juga menyeronokkan. Anda boleh mencipta seni menggunakan pelbagai pendekatan.

Ada yang menggunakan berus untuk memercikkan cat, yang lain menggunakan berus gigi untuk memercikkan warna, dan ada juga yang meletupkan belon untuk merwarnakan kanvas.

Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Isnin.

Alamat : 49 & 50, Block C, Lot 777, Jalan Subang 4, Ultramine Industrial Park, 47610 Subang Jaya, Selangor.

Ruma Pokok, Sepang
1654317273 170 Wow Jom Intai 5 Tempat Pelancongan Viral Dan Baru Divia Tourism Selangor

Ruma Pokok merupakan sebuah kedai tumbuhan kafe yang terletak di pekan kecil iaitu Sungai Pelek, Sepang.

Ruma Pokok dilihat menjadi satu tarikan baru di kawasan ini kerana dekorasi dengan kepelbagaian spesis pokok hijau memenuhi ruang kafe menjadikan suasana berbeza bagi kafe di sini dan menarik minat anak muda untuk “OOTD”.

IKLAN

Di buka pada pukul 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali hari Isnin.

Alamat : No 1, Kedai PLB, Taman Sri Merbau, Taman Seri Serbau, 43950 Sungai Pelek, Selangor.

Riverine Splash, Pulau Carey
1654317273 210 Wow Jom Intai 5 Tempat Pelancongan Viral Dan Baru Divia Tourism Selangor

Resort ini mempunyai Taman Tema Riverine Splash Water bertemakan suku kaum. Terdapat lebih 12 tarikan dan gelongsor yang anda kena cuba.

Taman Tema Riverine Splash Water ini ditutup setiap hari Selasa dan dibuka pada pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Alamat : Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

Saville Wonderland, Semenyih
1654317274 493 Wow Jom Intai 5 Tempat Pelancongan Viral Dan Baru Divia Tourism Selangor

Saville Farm yang merupakan ladang agro yang terletak di Semenyih. Ia juga adalah pusat penetasan, penternakan dan jualan ayam kampung.

Disini anda juga berpeluang merasai tinggal di kebun yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, pemandangan yang cantik dan tenang.

Alamat : SAVILLE FREE RANGE AGRO, TAMAN AGROTEKNOLOGI, 1A, Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir, 43500 Semenyih, Selangor

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Sumber: murai.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI