24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Wow, Lebih Sejuta Orang Malaysia Melancong Ke Thailand Dalam Tempoh 10 Bulan Ini!

Thailand menerima lebih sejuta pelancong Malaysia sejak pembukaan semula sempadan antara kedua-dua negara tahun ini.

Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) ASEAN, Asia Selatan dan Rantau Pasifik Selatan, Sukanya Sirikanjanakul berkata rakyat Malaysia mendahului angka ketibaan pelancong ke negara itu untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Wow Lebih Sejuta Orang Malaysia Melancong Ke Thailand Dalam Tempoh

Statistik menunjukkan ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Thailand melalui sempadan darat sama ada dengan bas, kereta api atau kenderaan persendirian.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Penguasa Pelancongan Thailand (TAT) Kuala Lumpur, Nongyao Jirundorn berkata jumlah pelancong Malaysia ke Thailand dijangka mencecah 1.8 juta menjelang akhir tahun ini.

Wow Lebih Sejuta Orang Malaysia Melancong Ke Thailand Dalam Tempoh

Malaysia merupakan antara sumber penting pelancong asing ke Thailand dengan kuasa beli yang tinggi.

Sebelum ini timbul kekecohan apabila keghairahan rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Thailand didakwa boleh menjejaskan industri pelancongan negara termasuk di Langkawi apabila kedatangan ke pulau peranginan itu semakin menyusut.

1671078634 455 Wow Lebih Sejuta Orang Malaysia Melancong Ke Thailand Dalam Tempoh

Sumber: BERNAMA

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI