Singapura merupakan negara jiran yang sering mendapat perhatian rakyat Malaysia untuk menjadi destinasi pelancongan. Kedudukannya yang begitu dekat dengan Malaysia membuatkan negara ini sering kali dikunjungi oleh masyarakat di sini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di Johor Baharu.
Untuk ke sana, selain daripada menaiki kapal terbang, kita juga boleh memandu kenderaan sendiri atau pun menaiki bas ekspres. Jika korang memilih untuk menaiki bas, kos yang diperlukan adalah sangat murah dan berbaloi.

Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Encik Fadhil, lelaki ini hanya menaiki bas dari Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan di Singapura. Kos yang diguna hanya sekitar RM200 tidak termasuk makan dan minum.
Jom kita lihat itinerari yang telah dikongsi oleh pemuda ini.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral (tambang RM30.30)
- Naik bas CW2 Causeway Link dari Larkin Sentral ke terminal Queen Street (tambang RM4.70), bas kan berhenti di imigresen Johor dan imigresen Singapura. Korang perlu isi terlebih dahulu arrival card di ICA mobile apps sebelum nak masuk Singapura. Selesai urusan imigresen naik semula bas yang sama ke terminal Queen Street.
- Sampai di terminal, terus jalan kaki ke hostel Atlantis Pods di Little India (harga satu malam RM89.11).
- Perjalanan ke Singapura semuanya menggunakan MRT, tidak perlu beli tourist card hanya menggunakan debit card atau credit card. Total selama guna MRT 7.40 SGD/RM23.41.
- Internet roaming Digi 1GB RM5.00, di hotel korang boleh guna Wi-Fi sahaja.

Antara tempat-tempat menarik di Singapura yang dilawati adalah seperti berikut:
- Masjid Sultan
- Kg Glam
- Arab Street
- Bugis Street
- Marina Bay
- Merlion Park
- Garden by the bay










Jom kita lihat kos-kos yang digunakan sepanjang berada di Singapore.
Kos:
- TBS – Larkin Sentral RM30.30
- Larkin Sentral – TBS RM35.00
- Larkin Sentral – Singapore RM4.70
- Singapore – Larkin Sentral 4.80 SGD/RM15.00
- Hotel RM89.11
- Public transport MRT – RM23.41
- Roaming data RM5




Macam best juga kan buat trip macam ni. Lebih jimat dan berbaloi!
Sumber: Remaja.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.