29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Wow, Squid Game Disambung Hingga Musim Ketiga?


Drama sensasi Korea Selatan, “Squid Game” yang menjadi fenomena di seluruh dunia khabarnya bukan sahaja sudah mendapat lampu hijau untuk dilanjutkan ke musim kedua — bahkan mungkin sehingga musim ketiga!

Perkara itu didedahkan Pengarah siri tersebut, Hwang Dong Hyuk dalam wawancaranya bersama KBS.

“Saya sekarang sedang berbincang dengan Netflix tentang musim kedua dan ketiga [Squid Game],” dedah Hwang yang sebelum ini mengendalikan Silenced yang dibintangi oleh Gong Yoo.

“Saya rasa kita akan mencapai satu persetujuan dalam masa terdekat ini,” dedah Hwang selanjutnya.

1352171861

Dalam wawancara tersebut, Hwang turut mendedahkan jalan cerita bagi musim kedua.

Pada hari yang sama, Netflix juga memberikan penjelasan mengenai komen Hwang.

“Benar bahawa kami sedang membincangkan tentang Squid Game, termasuk musim ketiga. Namun, belum ada keputusan muktamad,” kata pihak Netflix.

826fca7e 923e 4ecd 9dd7 39a3a1ea2526 f31239cb

Awal November lalu, Netflix secara rasmi mengumumkan bahawa Squid Game akan dilanjutkan sehingga musim kedua.

Sutradaranya, Hwang menyentuh tentang musim kedua semasa menghadiri satu acara promosi di Los Angeles, Amerika Serikat.

“Ada banyak permintaan, tekanan dan cinta untuk musim kedua. Kami tidak mempunyai pilihan,” dedah Hwang ketika itu.

Awal dari itu, Hwang pernah mengatakan bahawa beliau tidak lagi berdaya untuk meneruskan musim kedua Squid Game.

“Saya tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan musim kedua Squid Game. Memikirkannya saja sudah memenatkan,” luah Hwang kepada Variety pada September lalu.

squid game

Sumber: Media Corp Sg
 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI