31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

“Yakin Allah Maha Adil.” – Soal Aib Jatuh Nombor Dua, Seorang Anak Dianiaya Bapa Bukan Isu Kecil

‘Yakin Allah Maha Adil.’ Soal aib jatuh nombor dua, seorang anak dianiaya bapa bukan isu kecil dan perlu diperhalusi dengan baik di mana puncanya berlaku masalah sebegini dalam masyarakat.

Ternyata apa yang dilalui oleh anak gadis ini terlalu perit untuk diceritakan kepada orang lain. Sudah tentu setelah sekian lama memendam bebanan emosi akhirnya segalanya terdedah jua.

Yakin Allah Maha Adil

Isu ini turut mendapat perhatian Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jelasnya seorang anak yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu yang kecil.

Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.

Soal Aib Jatuh Nombor Dua

Sebelum kita membangkitkan tentang aib, perkara yang lebih penting untuk kita muhasabah bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.

Apakah respon mereka? Bagaimana tindakan mereka? Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak sama ada masalah itu dipendam dan anak terus merana, atau dibongkar sehingga orang ramai pula yang menghakimi.

Seorang Anak Dianiaya Bapa

Masyarakat juga perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa.

Apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular baru-baru ini, itulah saat terbaik masyarakat untuk kembali memuhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada dalam keluarga masing-masing.

Bukan Isu Kecil

Dari sinilah baru kita belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti.

Sistem sokongan seperti ini tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya.

Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita. Di samping itu, sebagai Muslim kita yakin Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya.

Komen Warganet:

Ternyata saranan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang penuh berhemah dan berlapik mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antaranya:

Nor Hayati RahimTerima kasih Datuk… kanak-kanak berumur 15 tahun tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan permasalahan… dia hanya memendam… dirinya rosak. Sesiapa saja yang dirasakan boleh dipercayai dia akan ceritakan segalanya. Sungguh banyak kejadian ini berlaku dalam masyarakat kita, kasihan kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Fasha BashilSaya bimbang Datuk.Pertama banyak berlaku maksiat dalam keluarga kerana sistem pendidikan kita yang kurang menitikberatkan akidah dan akhlak serta hala tuju negara yang asyik menitik beratkan ekonomi dan duit ( tak seimbang )

Kedua, bimbang masyarakat terbiasa meluahkan masalah atau aduan di media sosial. Haru-biru jadinya masyarakat kita

Cik Rabiatul

Terima kasih Xs0ERiI9Zdkp5f+3PR63CL5+kBecEgtBEQAAAABJRU5ErkJggg==Sudah tiba masanya kita kukuhkan sistem keibubapaan yang baik agar boleh berfungsi sebagai tempat yang selamat untuk anak, mengadu, bercerita, melaporkan dan sebagainya.Mungkin kita boleh bermula dari kursus pra perkahwinan yang diluaskan skopnya.Sentuh tentang akta kanak-kanak,sentuh tentang pentingnya sistem keibubapaan yang baik.

Zeeda AzizAlhamdulillah…terima kasih Dr. Saya tercari-cari juga mana agamawan yang mahu mengulas tentang isu yang tak pernah kurang sejak dari dulu lagi. Kerana menjaga aib inilah masalah ini berterusan berlaku di dalam kelambu keluarga.

Peribahasa Haruan Makan Anak ni pun dah berzaman digunakan dan Hikayat Raja Pasai ada menceritakan keberahian seorang ayah terhadap dua anaknya sehingga sanggup membunuh mereka.

Jadi Dr…perkara ini bukan lagi perlu ditulis dengan lembut berlapik berhemah.Ketegasan sangat diperlukan. Apa gunanya ada agama jika ianya tidak dapat membendung masalah kerosakan akhlak ketua keluarga dan generasinya.

Kredit: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sumber: www.kashoorga.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI